Dia selalu muncul dalam majalah iSihat, Metro and so on. Dia ada eBook. Tapi dia jual. Saya tak beli tapi rasa macam nak beli.
eBook dia ada banyak tips pemakanan sihat dan diet berkesan. Saya suka baca blog dia. Ayat yang dia pakai pun ayat yang kita semua pakai setiap hari . Tak macam blog ni. Skema semacam je struktur ayat dia.
Saya akan Share sikit apa yang dia share kat blog dia :
1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan
Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.
Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan
2. metabolisma badan akan menurun.Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.comuntuk panduan percuma.
Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Rujuk kepada eBook 25 Calorie Saving Tips saya.
Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.
Best jugak information yang dia bagi. Sangat bermanfaat.So, para remaja kat luar sana yang nak kurus dengan lebih berkesan,nak jaga pemakanan, diet seimbang. everything di hujung jari. Nanti akan keluar dalam bentuk PDF File.So, belilah eBook dia. Sangat -sangat bermanfaat. 'Cakap macam dah beli je'-nak belilah ni! Bye,wasalam! ;)

No comments:
Post a Comment