December 11, 2013

Kevin Zahri

Aikk??? Mimpi apa pulak tulis pasal Kevin Zahri ? Haha,dia health entrepeneur.

 Dia selalu muncul dalam majalah iSihat, Metro and so on. Dia ada eBook. Tapi dia jual. Saya tak beli tapi rasa macam nak beli.

eBook dia ada banyak tips pemakanan sihat dan diet berkesan. Saya suka baca blog dia. Ayat yang dia pakai pun ayat yang kita semua pakai setiap hari . Tak macam blog ni. Skema semacam je struktur ayat dia.

Saya akan Share sikit apa yang dia share kat blog dia :

1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.
Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.

Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan
 2. metabolisma badan akan menurun.Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!

Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.comuntuk panduan percuma.
Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Rujuk kepada eBook 25 Calorie Saving Tips saya.
Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.

Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.

Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.

Best jugak information yang dia bagi. Sangat bermanfaat.So, para remaja kat luar sana yang nak kurus dengan lebih berkesan,nak jaga pemakanan, diet seimbang. everything di hujung jari. Nanti akan keluar dalam bentuk PDF File.So, belilah eBook dia. Sangat -sangat bermanfaat. 'Cakap macam dah beli je'-nak belilah ni! Bye,wasalam! ;)

July 11, 2013

Ramadhan Yang Mulia :)

Assalamualaikum dan salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua umat Islam ,Muslimin dan muslimat :)  Selamat menunaikan ibadah puasa dan mengerjakan segala perintah Allah agar Ramadhan yang mulia tidak sia-sia .

Pada hari pertama puasa ,hari yang saya lalui sangat tenang .Alhamdulillah ,syukur kepada Allah ;) Walaupun siapa sangka di sebalik senyuman ,masih terselit kesedihan . Minta2 segala yang terjadi akan setenang yang disangka . Saya harap Ramadhan yang tiba tahun ini akan seindah Ramadhan yang lalu :') Dan seterusnya...


June 16, 2013

Homemade Ice-crem part II

Hari ni rasa rajin pulak nak ajar cara buat Homeade Ice-Cream . :) Ni resepi lain pula,

Ramuannya ya ibu-ibu, mudah saja( Waduuhhh,berbahasa indon lah pulak!)

1)1 tin susu cair...(Whatever brand)
2)3 sudu susu pekat... :)
3)1 sudu esen vanilla
4)1 sudu besar ovalett :)
5)sebiji telur :)

p/s: perisa boleh tambah sendiri . Eg: milo,choclate emulco,strawberry emulco ,mocha paste and many more.

Firstly,Masukkan susu cair ,esen vanilla and susu pekat ke dalam mixer :)
Second,masukkan ovalett.
Then,masukkan telur but before that pecahkan dalam mangkuk dulu,takut kulit telur pun enterframe dalam ice-cream anda :)
Start mix dengan kelajuan paling tinggi 0,o
Sampai kental mcm cream yang cair:)
Masukkan dalam bekas dan corakkan mengikut kesukaan anda :)
Kalau nak buat corak macam yang saya buat, kena buat lapis2 dulu.

Nampak benar editnya;P










Kalau nak buat corak macam yang saya buat, kena buat lapis2 dulu.Macam kat bawah ni:-


Lepas tu ambil lidi dan cucuk di tengah .Tutup mata anda dan cakap, "Let's dance" . Biarkan tangan anda menari ikut rentak tari .Hehe ;3

Selamat mencuba!


June 08, 2013

Homemade Ice-Cream ^,^

Semalam aku buat homemade ice-cream . Ok,kempunan sebenarnya! Bak kata anak saudara : "Nak auuuhhh" . Aku pun tak tau 'auuuhhh' tu apa benda,tapi kalau dari azali sebut mcm tu,kebarangkalian utk tukar perkataan tu adalah susah . -,-' K,aku buat ice-cream strawberry,chocolate and vanilla. Sedap teramat.bahan-bahannya pun mudah je ,so korang boleh cuba buat kat rumah :--

1) 2 cawan susu full cream( whatever brand,aku pakai Dutch Lady)
2) 2 cawan coffeemate
3) 2 tsp gula kastor
4)1 tsp kecil esen vanilla  :)

Ni yang dah siap ;)


This ice-cream will be safe in my tummy
p/s : Selamat mencuba semua ! :)

June 03, 2013

Tentang Izzue :)


Ok,lets talk about izzue . bersamaan 2 June 2013, izzue kahwin dengan pasangannya, Awin Nurin. Hantarannya, RM 11,111.11 Ok, taknak citer banyak2 lah erk, nak masuk tajuk lain . Tak lari banyak pun . Ini tentang Amirah Haziqah.Dia minat gila ngan izzue .  Mujur tak frust menonggeng jadinya! Kesian lah pulak tapi nak buat macam mana, laki org . Jangan ganggu. Actually , Fatin pun minat tapi belum gila  lagi!  Di sini Fatin nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan merpati dua sejoli itu!

p/s : Amirah, jangan marahlah erk !















January 27, 2013

Plush Update ~ =D


1 )
Owl   o,o
 Kali ni Fatin buat owl lebih colourful ~ !!! =D



2 )
Koleksiku ~
Ada plushies yang lama punya , tapi selitkan jelah. Yang terbaru tu yang HURUF 'F' , RAMA-RAMA , LOVE (yang dotted tu ) dan lain lagi. Sebenarnya,ada banyak lagi tapi,Ada yang Fatin dah bagi hadiah utk b'day orang . Tak sempat nak snap2...

Sedappp !!! =D






Yang ni jus TOMATO + CARROT susu. Jus ni sedap teramat... Mak Fatin suka buat jus ni.... Tambahan pula, ini banyak mendatangkan kabaikan di samping dapat mencerahkan penglihatan dan macam2 lagilah..

p / s :  Fatin minum ni setiap hari sebelum pergi sekolah !





Nesvita 3 in 1 =D

Kalau baru balik sekolah , malas nak makan, Fatin suka minum minuman ni . Sedap sekaligus boleh mengenyangkan perut yang lapar. =D . Kepada sesiapa yang nak diet pun boleh minum ni jer.. ;D