November 26, 2012

Another New Plushies ;)

Badge...~Bunga~ ;)


Kuaver dan Mustache~,~


Yang Mustache tu Alya Syazwina yang buat..Plushies yang dia buat semua ohsemm~~~Sangat cantik!Actually,dua-dua tu dah lama tapi baru nak update.  ;)


Cake Blue-O-Berry.....;p


Badge!

Badge! ~Cupcake~  #macam cacat je#

Badge!


Pinkan dekat bag anda!


Owl...;)









Bookmark!










November 17, 2012

Buttercup   

       Hi,jumpa lagi.Nampak tak blog Fatin.Hehe,ada transformasi nampak!Bosan pulak asyik blog yang suram+kelam+takde orang nak tengok.Fatin nak kata yang cuti sekolah kali ni memang penat gila2.Mana taknye,setiap hari asyik kena buat kerja rumah jer.Macam takde orang kat rumah je.Padahal ada ramai orang.Fatin bukan nak merungut kat sini.

      Fatin ada banyak kerja nak buat.Dalam banyak-banyak kerja,satu kerja telah terlaksana iaitu buat blog mektam ku.Ok,kalau korang nak tengok blog mymektam ,ni ha linknya   (        shasbakery.blogspot.com     )

      Hmm,Fatin rasa macam okje.Mektam tak suka colour yang ceria2 sgt,terang2 sgt,shocking2 sgt dan yang seumpama dengannya.

     Kerja selebihnya ialah kerja peribadi.Tak perlu tahu , ok?



Ting x3 ;P






Bye,Assalamualaikum.Jumpa lagi !

November 10, 2012

Cerpen : 23 Januari.......


   Cahaya yang masuk di celah-celah jendela kamar Balqis mengejutkan dirinya daripada tidur.Matanya terpinar-pinar menghadap mentari yang menyilaukan matanya.Badan terasa lenguh dan keras seperti batu untuk bangkit dari katil yang sudah hampir sedekad umurnya.Katil itu juga tempat bapanya menghembuskan nafas buat kali terakhir.Tersirat dan tersurat kenangan yang terbuku di atas katil itu.Banyak kenangan suka dan duka menjadi simpulan yang belum terlerai lagi.Balqis hanya menanti saat ibunya meleraikan segalanya.

   Balqis segera bangkit dari katil tersebut lalu menuju ke sudut biliknya.Kalendar yang tergantung di sudut biliknya itu menjadi tumpuannya setiap pagi.Sebaik sahaja melihat tarikh yang terpapar jelas pada sekeping kertas nipis itu,bibir kering Balqis menguntum senyuman.Jarinya mengusap kalendar yang ada di situ.Hari ini,genaplah umurnya 16 tahun dan dua tahun pemergian bapanya.

   Balqis terduduk di atas katilnya.Biarpun bibir masih lagi tidak lekang daripada mengukir senyuman hambar,tetapi hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.Setiap ulang tahunnya,tiada apa yang boleh digambarkan.Balqis hanya terduduk tanpa sebarang reaksi.Setelah melayan perasaannya buat beberapa detik,baru dia teringat akan ibunya.

  "Ibu sedang buat apalah?Adakah dia masih ingat hari lahirku?"

   Benak Balqis diterpa kehairanan.Di manakah ibunya sekarang?Selalunya,dialah yang mengejutkan aku daripada tidur.

   Balqis keluar daripada bilik usang itu lalu menuju ke dapur mencari ibunya.Di dapur,ibunya tiada.Di bilik ibunya juga tiada.Ke manakah ibu?Takkanlah hari minggu sebegini,ibu pergi ke kebunnya?Semua itu tidak mungkin.Ibu akan berehat pada hari minggu.

   Balqis ke dapur semula lalu mencapai tudung saji di atas meja untuk dibuka.Hidangan seperti selalu yang dihidangkan iaitu ubi kayu rebus dan kopi O' yang masih panas.Pasti ibu baru sahaja keluar ke mana-mana.Fikiran Balqis mula berputar berfikir,Ke manakah ibu?

   Setelah membersihkan diri,Balqis menikmati sarapannya.Dia sentiasa bersyukur dengan apa yang dia ada.Biarpun  hampir setiap hari memakan makanan yang sama,lidahnya masih boleh menerima hidangan itu.Lidahnya juga sudah sinonim dengan makan tersebut.Sewaktu mencapai secawan kopi O' di hadapannya,setitis air jernih tumpah di pipinya.

   Balqis teringat akan arwah bapanya yang menggemari air kopi O' yang ibu sediakan.Biarpun hanya kopi yang murah dan agak pahit,air tersebut masih mendapat tempat di hati ayah.Balqis juga boleh menerima apa-apa air yang ibunya sediakan tanpa sebarang rungutan.

   Seusai Balqis menghabiskan sarapannya,dia menuju ke anak tangga untuk menikmati udara segar pada waktu pagi.Balqis memandang sekeliling rumah usang yang menjadi tempat dua beranak tersebuat berteduh.Sekali lagi,air jernih tumpah buat kali kedua.Keadaan rumahnya itu dipandang sebelah mata sahaja oleh orang kampung sekeliling.

   Hari jadinya yang seperti diimpikan selalu hancur oleh faktor kehidupannya.Setiap kali hari lahirnya menjelma,dia mengimpikan hadiah yang bertimbunan,belon-belon yang berwarna warni di kiri dan kanan,makanan yang menyelerakan,tetamu yang menghadiri untuk membanjiri rumah,tari menari oleh rakan-rakan.Segala-galanya diimpikan,mahukan kenyataan.Tetapi,dia tahu bahawa hari lahirnya takkan seindah seperti itu jika tiada kedua-dua orang tua yang sentiasa di sisinya.

   Dia tahu,semua itu hanyalah impian yang mungkin takkan menjadi kenyataan.Dia sedar akan keadaan hidupnya sekarang.Dia tidak pernah mendesak ibunya untuk melakukan semua itu.

   Balqis masuk semula ke dalam rumahnya lalu melakukan tugas seperti biasa seperti mengemas rumah,membasuh baju,dan menjemur baju.Sewaktu mengemas rumah,Balqis terpandangkan gambar lama ayahnya dan ibunya di sebuah rumah yang agak mewah.Barangkali pesta hari jadi di rumah teman mereka.

   Masa berganti masa,kini ibu Balqis masih belum pulang.Balqis terlena sebentar di ruang tamu yang hanya    sekangkang kera saiznya seusai menghabiskan tugasan hariannya.Jam di dinding berputar dari pukul dua hingga pukul empat.

   Tepat pukul empat,Balqis terjaga dari lenanya.

   "Astaghfirullahalazim,".Baru Balqis teringat yang dia terlupa mahu melawat pusara ayahnya.Segera dia bergegas ke dalam biliknya dan menukar pakaian yang lebih elok.Baju kurung hitam yang lama tergantung di dalam almari buruk itu disarungkan.Selendang hitam dicapai lalu meninggalkan rumah tersebut.

   Langkah kanan didahulukan sesampainya dia di tanah perkuburan Islam berdekatan rumahnya.Dari jauh dia terpandangkan kelibat seorang perempuan yang usianya lebih kurang separuh abad sedang menangis di kubur arwah bapanya.Di sebelahnya pula terdapat sebuah bakul biru tertutup yang sangat dikenalinya.

   Balqis memandang ke langit.Kelihatan awan-awan sudah gelap.Segera Balqis menuju ke kubur bapanya.

   "Assalamualaikum,makcik ni siapa?Maaf,ini kubur bapa saya"sayu Balqis menuturkan kata-katanya.
Perempuan itu menoleh mukannya setelah mendengar suara sayu Balqis.Balqis terkejut melihat wajah yang berada di hadapannya sekarang.

   "Ibu?"

   "Selamat ulang tahun Balqis."

   Hanya ayat itu sahaja yang terungkap di sebalik bibir kecut ibu Balqis.
Hujan turun dengan lebatnya.Air mata turun di pipi kedua-dua beranak itu.

   "Terima kasih ibu,Qis ingat ibu dah lupa hari lahir Balqis,"perlahan sahaja suara yang keluar dari bibir comel Balqis."Ayah,hari ni hari jadi Qis."mata Balqis pula seterusnya memandang ke arah kubur bapanya yang ditaburi bunga-bungaan.Ibu pernah mengatakan sesuatu kepadanya dahulu.Ibu yang menabur bunga-bunga itu agar kubur tersebut sentiasa mewangi di taman hati kami berdua.

   "Mak tak lupa sayang,mak sentiasa ingat hari lahir anak ibu yang seorang ini."

   Balqis memeluk bahu ibunya.Mata dipejamkan.Terasa kehangatan pelukan seorang ibu kandung.Orang kata,syurga di bawah telapak kaki ibu.Balqis merasakan bahawa bukan sahaja dia dan ibunya yang berada di situ malah bapanya juga turut sama memeluk erat mereka berdua.

   Dalam kedamaian tersebut,tiba-tiba bunyi guruh di langit meleraikan pelukan mereka lalu mereka bangkit dari situ dan berlalu pulang ke rumah.

   "Mak ke mana seharian ni?Qis tak nampak pun."soalan itu diajukan kepada ibunya.

   "Mak pergi tolong rumah kenduri Pak Mail Hasyim.Ni,dalam bakul ni ada lauk kenduri sikit.Bolehlah kita makan malam ni."

   Hanya senyuman yang terukir di bibir Balqis.Pada hari jadinya,biarpun tiada hadiah-hadiah yang bertimbunan,tiada belon-belon yang berwarna-warni di kiri dan kanan,tiada tetamu yang datang untuk meraikan,tiada tari-menari oleh rakan-rakan tetapi di sedar bahawa itu semua tidak penting.Yang penting ialah kasih sayang kedua-dua ibu bapa di samping kita.

   Walaupun pada hari lahir Balqis,dia tidak mendapat apa yang diingini,sekurang-kurangnya dia dapat makanan yang menyelerakan untuk hari lahirnya.

   Dia sangat bersyukur biarpun hidup dalam kemiskinan,tetapi kebahagiaannya adalah keutamaan baginya.....



          Kebanyakan orang berbahagia apabila mereka mahukan kebahagiaan dalam fikiran mereka.
                                                          ~Abraham Lincoln~

Felt Time~Part II


Inilah keychain rama-rama yang Fatin buat....Baru je habis jahit,dah ada orang beli..Terima Kasih MakCik!


Ada beberapa yang Fatin buat lagi macam   :

Perisa Vanilla*maybe*..;)

Macam Dunkin Donut..:)
Yang Donut pink tu perisa strawberri macam yang kat Dunkin Donut!    ;)



Keychain `arrow` ada nama....;)

November 02, 2012

~Exam's Fever~

Hi,kali ni Fatin taknak bercerita panjang lebar sangat...Ok,Fatin tak berapa sihat buat beberapa hari ni....Tekak dengan kerongkong saya sakit...Start 1 Nov,sklh dah buat ujian...Kenapa perlu buat ujian waktu dah nak habis sekolah?Takke macam perkara yang tak logik tu?....Semenjak diperkenalkan dengan sistem PBS,jadual semakin padat.Fatin bukan orang besar atau apa,maksud Fatin ialah aktiviti harian Fatin sibuk gila2.....Mcm takde masa utk rehat.Balik pada tajuk hari ni,Exam's Fever.Waktu Exam pertama awal tahun ni,Fatin buat karangan BM tapi terlupa letak peribahasa.Cikgu tegur,"Kenapa tak letak peribahasa?"Ok,kali ni Fatin nak balas dendam dengan cikgu BM.*Gelak jahat*.Setiap perenggan,Fatin masukkan peribahasa.Akhirnya,Alhamdulillah.Pass pun subjek BM......

October 23, 2012

Si Pari-pari hilang sayap...;)

          Assalamualaikum,Fatin kat sini.Fatin nak bercerita sikit.Saya sangat suka dengan subjek BM.Oh,BM best sangat.Terutama bila KOMSAS....Fatin suka gila lah.....Saya adalah peminat kepada bahasa kiasan ...Ok,ramai kata yang bahasa kiasan sama dengan ayat2 jiwang...UTK pengetahuan anda,ia sangat BERBEZA!!!!Saya suka menyusun ayat,mereka ayat yang indah.....Mungkin sudah menjadi hobi saya kut....Bila ada masa lapang,saya akan ambil sehelai kertas lalu menulis apa yang terbuku di hati tetapi dalam bentuk kiasan....Bahasanya sungguh indah...*2 tangan kat pipi*!!!!!Ok,FYI,Fatin adalah peminat setia kepada HAMKA(seorang kaunselor/orang yang hebat dalam pembuatan mutiara kata.....Saya minat dia..lagi sekali*2 tangan kat pipi*....Ok,jgn kerap pegang pipi,nanti tumbuh jerawat...;P

          Saya tetap Fatin yang dulu.Kenapa saya cakap macam ni?Sebab saya tahu yang ramai org pelik dengan saya yang tetiba hebat dalam menaip ayat kiasan yang indah.....Kehebatan bukan segala-galanya....Saya hanya mencoret apa yang terlintas di fikiran dan juga di hati.Kehebatan saya dlm sesuatu bidang bukan suatu perkara yang membuatkan saya digelar berlagak atau apa.Saya menulis hanya untuk tatapan semua orang yang berada di luar sana.... Saya ingin mengubah manusia yang telah terpesong akidah nya...Saya bukanlah mahu kata apa,tapi adakala cita2 saya berubah daripada seorang akauntan kepada kaunselor yang hebat......Janganlah anda berasa yang diri anda teruk atau tak layak dlm sesuatu perkara....Kita semua hanyalah manusia biasa yang juga digelar hamba kepadaNya...Semua orang ada kelemahan,sama mcm saya juga...Tiada siapa yang sempurna di dalam dunia ini melainkan Allah S.W.T...Kita juga ibarat pari2 yang hilang sayap,tidak sempurna.Janganlah sedih kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi....Renung-renungkan dan selamat beramal!...



                                                       Assalamualaikum ;)

October 21, 2012

Kindle my Heart: Bakat Terpendam Rakan Sekelas. Woot~

Kindle my Heart: Bakat Terpendam Rakan Sekelas. Woot~: Hey. Now I'm gonna talk about this one blog.. Pemilik blog ni rakan sekelas.. Her name is Fatin Farhana. Dia ni ulat buku tapi sama je ...

October 15, 2012

Assalamualaikum semua...Hi!!!*tangan lambai besar-besar*cewaahhh....Ok,jumpa lagi kita...Hari ni Fatin nak bagi tau pasal salah satu barang kesayangan Fatin.Tengok gambar bawah ni....Ha,semua orang pasti tau pasal benda comel ni.Setelah sekian lama mencarinya,akhirnya kutemu..*ok,mengapa saya bermadah-madah pula ni?*.Mama yang belikan ini.Mcm tau2 je yang dah lama Fatin nak benda ni.Actually,benda ni dah setahun lebih dah.Fatin sayang sngt2 benda ni.Bukan sembarangan,ia agak berat juga....Sayang sngt benda ni!..~Lollipop straw-o-berry~(takde kena mengena pun.`LOL`)
Ada labu(pumpkin) kesayangan yang setia menemani patung itu..:)

Halloween Pumpkin.....(bos bagi) ;)


hmmm,background serepah...*ignore that*







It's all about Maria!





















This is not a blogshop...K,thanks bye....
*Kepada rakan2 yang kat sekolah ,boleh orderlah....*

mengapa pula ada iklan di sini?

hehe....like meh...

It's Mine! ~Felt Time~

Assalamualaikum pembaca,*cehhh*(macamlah ada orang yang nak baca)...Hehe,hari ni Fatin nak tunjuk serba sedikit barang hiasan(handmade)yang Fatin buat.Tengok kat bawah....Kalau anda lihat,semua kraft yang diperbuat daripada kain felt tu,semua Fatin yang buat.*ignore all the cacatiness*..fatin buat bukannya cantik  pun.Fatin hanya akan buat kalau ada masa lapang,atau bosan ke.Hmm,Fatin buatlah..Blog yang Fatin suka tengok adalah Yati&Stitch,(Home - Yati & Stitch - Cross Stitch And Crafts)...wooo...cantik semuanya.
straw-o-berry..;)
 Ok,honestly fatin cakap,Fatin belajar semuanya kat YouTube.Hehe,nampak mcm cantik.So,rasa nak try buat.And,inilah semua hasilnya....

Haha,ramai suka yang ni!

Tengok glazing atas tu....;P
Selain daripada itu,Fatin ada try nak buat cupcake kecil...Comel!....Then,ada lagi.Fatin buat keychain...datang dalam pelbagai bentuk seperti,RAMA-RAMA,STRAWBERRY(besar),HURUF *IKUT NAMA ANDA*,KEYCHAIN (ikut suka hati anda)*kalau Fatin boleh buatlah*,KEYCHAIN YANG LETAK DI KERETA (BENTUK:Love,bunga,dan lain2 lagilah..*susah nak cakap* Muehehe...;) )....Hmmm,setakat ni baru ada 1 pembeli...thanks ya Kak Siti!...
Tenang2 biru laut,hatiku sudah terpaut~!~
~LOL~











Bunga!

 Ni lah gambar kain felt kalau korang tak kenal!....*jgn marah*
Ok,saya takde warna sebanyak ini!
`LOL`




 Ada beberapa gambar ,hasil yang Fatin buat~

It's a luggage tag!

Agak cacat sikit....:(
Cupcake perisa *ikut suka kau*
|~straw-o-berry~





Ok,masuk topik lain....hari tu Low Xin Rong bagi Fatin purse dari Australia...*Oh!terujanya* Ni ha pursenya....

Tomei kan?






September 22, 2012

Tan Jin Shien

Jin Shien is my bestfriend.Owh!!!Dia terlalu baik sangat.Saya selalu dilanda rasa bersalah.Tetapi dia slalu kata "We r friends lah."Ya,saya tahu tentang itu.Dia comel,baik,pandai.....Cakap pasal pandai,Fuhhhh!!!!Dia hebat dalam perbahasan...Perghhh,cayalah Jin Shien....malu pula dengan dia....;P

Felt Craft~~!!~~!!~~!!~~!!





AAwweessoommee,,..,,..,,..,,..,,..,,











The PianoGuys are awesomely awesome!!!!~~~~






Ouhhhh~!!~!!!~~!!!~~!!!~~!!!~~!!!~~!!!~~!!!....;)

Akulah Hamba-Mu yang setia dan tabah.....

Hehe,me again.Fatin Farhana.Kat sekolah,Muaz kata aku nenek.'How dare you,Muaz'.Tapi,saya sentiasa sabar dengan apa jua rintangan mahupun dugaan yang melanda.Balik pada topik nenek ya,sememangnya aku ni ada rupa nenek ke?Ya,aku sedar yang aku lahir bulan satu.Tapi,kenapa?Muka aku nampak tua ke?Cuba tengok gambar profile aku tuh,ada rupa nenek ker?Comel adalah...?*perasan jap*Bukan sahaja Muaz,malah yang lain pun kata aku cam nenek.Hmmm,pasrah je.Kalau aku marah pun,nak buat apa?Kalau aku lawan balik,itu bererti aku pun sama cam derang.Oh Ya Allah,kuatkanlah hambamu ini Ya Allah..Aku tak perlu jadi cantik kat sekolah.Itu semua tak penting.Yang penting hanya kekemasan dan kebersihan pada diri sendiri dari segi fizikal mahupun mental.Sudah banyak rintangan dan dugaan yang aku hadapi.Aku tabah mengharungi sendiri bagai sampan kecil yang berada di tengah laut menghadapi gelombang ombak yang membawa sejuta makna.Sampan yang terumbang-ambing,tiada kayak untuk bertahan.Aku bukanlah seperti itu!Aku hanyalah manusia biasa yang hanya menyembah-Mu,berdoa kepada-Mu,berserah dan pasrah,sentiasa tabah dan akulah hamba-Mu yang setia dan tabah.....;)

September 19, 2012

Makan...makan....Day~,~

Hi,Assalamualaikum,para pembaca.Since dah lama tak update blog,rasa nak update blog.Hari tu,ayah tetiba nak belanja kita KFC.Oh!Itu agak pelik jugaklah nak dikatakan.Semua orang tau,ayah memang tak gemar makanan yang ringan cam tu.Tapi,terimalah.Jangan sia-siakan peluang keemasan.Kebetulan pulak,kaklong ada kat rumah kita..So,ajaklah derang.Ayah macam happy je hari tu.Ok,saya pun happy.Sampai di kaunter KFC,mama tanya."Kaklong nak makan apa?". Kaklong pun jawab,"Rasa nak try green curry yang baru tu,".Macam tak sedap jer,"mama kata. "Sedaplah...","K,lah".Lepas sampai kat meja,kita pun terus cuba green curry tu."Gossshhhhh!!!!Pedas ....:'( ...".Waktu tu lah sesi menyalahkan kaklong atas pemilihan makanan yang agak salah juga.Rasa kari tu mcm masak lemak.Mama masak lagi sedap. Semua kata mcm tu.Sementara makan,aku apalagi,bantai semua wedges yang ada.Biasalah,wedgesloverzzzzzzz!!!!.Gossshhhh,sedap gileeerr....=)Makan,makan,makan......makanan tak habis dimakan oleh 10 orang.So,kita decide suruh bawa balik jer.Ok,conclusionnya,aku pun tak tau.Yang pasti,kami sedang open table waktu tu....;)  =)  :)  ^,^.................Bhahaha...*Catatan ni tak penting pun..;)*

August 18, 2012

Esok Raya !!!~(19/8/2012)

Yay,esok dah raya....Baju raya saya tahun nih warna merah *turqoise*(entah ,tak tahu ejaan),mama ,ayah,intan(adik),warna ungu,farah(kakak)warna merah...dia nampak cantik dengan jubah merah dia tu....*awesome*hehe,farid& abgnya,warna putih susu,macam teh susu warnanya...#sayasukasayasuka#...hehe...Kami sekeluarga beraya dengan caca marba,/(bukannya buruk ,tapi berlainan warna)....tahun nih raya kat melaka,dekat sikit,sambil tu memang ada niat lain iaitu,nak rasmikan rumah baru kat melaka,raya rumah sendiri lagi bagus......*cehhhhh*,hmmmm,,,nampaknya raya kali  nih jam teruk gileerrr,nasib baik dah balik awl...;) pasal kuih raya pulak,semuanya sedap2 belaka,saya sukakannya....terutamanya,almond sujie...*ouhhh sedap sampai menjilat kaki* #kidding#....tapi seriously memey,sedak!!!!!!

August 11, 2012

PBS

I HATE PBS! ,saya tak suka PBS,ia membosankan...kadang2 tu memanglah bagus utk kami semua,tapi  soalan PBS susah(kdg2 jer).....nak kena perah otak,
And kalau tak sedia lagi cam maner,tak ker gelabah waktu tu....
Fasal cikgu maths pulak,dia ajar tak faham...kadang2 Tan Jin Shien yang jadi cikgu utk saya.....anyway,saya bangga dengan dia,dia memang GENIUS ....dah lah cantik,cute,pandai,genius,pandai main piano,fasih bahasa melayu...kadang2 rasa malu pulak ngan dia pasal subjek BM.....hmmm ,itulah ceritanyerrrr...

Yang Paling PENTING ! , SAYA TAK SUKA PBS